awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengaku bersalah rasuah polis RM100, petani didenda RM3,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/09/2022
03:10 MYT
Mengaku bersalah rasuah polis RM100, petani didenda RM3,000
Fooh Poh Yaw didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada anggota polis April lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang petani didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada anggota polis April lalu.
Suapan didakwa diberi supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Tertuduh, Fooh Poh Yaw, 37 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.
Tertuduh turut berhadapan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah RM100 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara rasuah menawarkan suapan wang tunai RM100 kepada seorang sarjan yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Mahkamah | Petani didenda RM3,000, mengaku rasuah polis
Ia sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya, yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45 C (6) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mengadakan spesimen apabila dikehendaki berbuat demikian.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh, Jalan Chamberlein Hulu, kira-kira jam 1 pagi, 29 April lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#petani
#Rasuah
#memandu di bawah pengaruh alkohol
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan