awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/03/2024
03:50 MYT
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Sandra Segar mengaku bersalah atas dua pertuduhan memberi suapan kepada pegawai TNB pada Mac 2021, di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang peniaga didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi suapan kepada pegawai Tenaga Nasional (TNB), tiga tahun lalu.
Tertuduh R K Sandra Segar, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB melalui individu lain sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan kerana dengan curang mengambil elektrik ke atas pengusahaan premisnya di sekitar Taiping.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan parkir sebuah hotel di Taiping, kira-kira jam 6.10 petang, 1 Mac 2021.
Bagi pertuduhan kedua, peniaga itu didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM3,500 kepada pegawai sama, juga melalui individu dan tujuan sama, di dalam kafe sebuah hotel lain di Taiping, kira-kira jam 5.50 petang, 8 April 2021.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM8,000 dilucuthakkan di bawah Seksyen 40(1) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kepada Kerajaan Malaysia
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dan Pegawai Pendakwa Mohamad Pahmi Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Mahkamah Sesyen
#Ipoh
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan