Kepada pasangan muda masa kini, pasti ramai di antara mereka kurang biasa dengan simptom awal ketika mengandung. Selaras dengan itu sebagai wanita anda perlu tahu ciri-ciri awal yang menunjukkan bahawa anda hamil.

Fizikal berubah
Wanita hamil yang pada awalnya kelihatan perubahan pada tubuh badan. Paling ketara adalah di bahagian perut. namun sebenarnya bukan hanya pada perut saja. Perubahan tubuh ketika anda hamil adalah pada bagian paha dan payu dara yang mula membengkak. Jadi sebagai wanita anda juga perlu peka dengan bentuk tubuh badan anda.

Lebih malas daripada hari biasa
Pada mula kehamilan badan anda akan muka terasa seperti sedikit berat kerana janin yang mula tercipta memberi kan sedikit rasa kurang selesa di perut. Hormon progesterone meningkat dan iti adalah perkara biasa bagi seorang wanita hamil. Oleh itu anda perlu kurangkan pengambilan gula dan jaga pemakanan anda. Mungkin aktiviti harian anda akan sedikit terjejas kerana anda mula rasa masa dan ia terbawa- bawa sepanjang hari.

Mual dan muntah
Mual pada masa kehamilan memang sudah menjadi perkara biasa yang biasa. Ini kerana kawalan hormon anda tidak seimbang dan mengikat dan tidak boleh di bawa boleh badan. Ia menyebabkan anda lebih sensitif pada bau, oleh kerana anda terlalu peka terhadap bau menjadikan diri anda mengalami muntah-muntah pada sesetengah masa. Tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa.

Haid lambat datang
Pada awal perkahwinan juga sebagai wanita perlu ingat bila hari terakhir anda haid. Dan jika anda sudah mengesan bahawa anda lambat datang haid. Tatapi tidak bermakna ia adalah faktor utama membuktikan bahawa anda hamil. Mungkin ia berlaku atas dasar Stress kerja, diet yang melampau atau pun sebagainya. Malah lebih baik jika anda membuat pemeriksaan doktor