awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Salahuddin Ayub: Satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga - Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
23/07/2023
14:48 MYT
Mengenang Salahuddin Ayub: Satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan besar dirinya dan keluarga.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai satu kehilangan besar dirinya dan keluarga.
Dalam satu kenyataan ringkas dalam Facebook rasminya, Anwar berkata beliau amat terkesan dengan berita pemergian sahabatnya yang setia dalam perjuangan selama ini.
"Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.
"Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi," jelasnya.
Tambah Anwar, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang mempunyai sikap keperibadian yang tinggi terhadap kawan mahupun lawan.
"Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.
"Berehatlah, sahabatku. Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah," jelasnya lagi.
Allahyarham Salahuddin yang dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Jumaat lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam Ahad.
Allahyarham sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Allahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu dan berada dalam keadaan stabil di HSB.
Bagaimanapun Allahyarham ditidurkan dan dipantau rapi di ICU.
Beliau meninggalkan enam cahaya mata hasil perkahwinan dengan isterinya, Datin Seri Fatimah Taha.
Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak tahun 2015.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan ke-15 lalu, Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram di Muar.
Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#belasungkawa
#Salahuddin Ayub
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan