NATIONAL

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah

Farhan Hakimi 14/04/2025 | 12:41 MYT
Allahyarham Tun Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara di ibu negara pada jam 7.10 malam Isnin. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
Ucapan itu dizahirkan Baginda berdua menerusi satu hantaran di laman Facebook dan Instagram rasmi.
Terdahulu, pada 7.10 malam, Astro AWANI melaporkan Tun Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah buat orang awam akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negara dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari pada Selasa.
Allahyarham akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sejurus selepas solat jenazah selepas solat Zuhur.
#Abdullah Ahmad Badawi #Raja Permaisuri Agong #Sultan Ibrahim #Institut Jantung Negara