awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Majlis tahlil sehingga Khamis

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2025
11:33 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Majlis tahlil sehingga Khamis
Tahlil itu akan diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Negara, Kuala Lumpur sementara majlis pada Khamis akan disertai dengan bacaan Yasin.
SHAH ALAM: Majlis tahlil buat bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan diadakan sehingga esok.
Menantunya, Khairy Jamaluddin memaklumkan, tahlil itu akan diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Negara, Kuala Lumpur sementara majlis pada Khamis akan disertai dengan bacaan Yasin.
“Alhamdulillah, Istiadat Pengebumian Negara buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi serta majlis tahlil semalam (Selasa) telah berlangsung dengan sempurna di Masjid Negara di ibu kota.
“Di kesempatan ini, saya bagi pihak keluarga Allahyarham ingin memaklumkan bahawa majlis tahlil akan diteruskan pada Rabu dan Khamis selepas solat Maghrib di lokasi sama iaitu Masjid Negara, sementara majlis pada Khamis akan disertai dengan bacaan Yasin.
“Kami seisi keluarga dengan rendah diri mengundang orang ramai yang berkesempatan untuk sama-sama mengimarahkan majlis tahlil dan bacaan Yasin berkenaan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
Tun Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, meninggal dunia di usia 85 tahun pada Isnin, jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Beliau sebelum itu dimasukkan ke wad IJN sejak awal pagi Ahad atas masalah sakit tua dihadapinya.
Kesihatan Allahyarham yang mengalami demensia merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah beliau tidak lagi dapat mengingati nama dan wajah ahli keluarganya.
Pak Lah yang turut digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan, memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi
#majlis tahlil
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan