awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Najib Razak beri penghormatan terakhir di Masjid Negara

Faida Rahim
Faida Rahim
15/04/2025
02:40 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Najib Razak beri penghormatan terakhir di Masjid Negara
Najib membaca doa semasa hadir memberikan penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Abdullah di Dewan Solat Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak ketinggalan hadir memberikan penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu tiba di Masjid Negara sekitar pukul 10.35 pagi.
Pada awalnya, kenderaan jenis Proton kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 warna kelabu yang membawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhenti di lobi utama, namun, lima minit kemudian kenderaan berkenaan bergerak ke pintu belakang Masjid.
Difahamkan, Najib tiba selepas selesai prosiding perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlangsung di Mahkamah Tinggi.
Pada jam 8.30 pagi ini, jenazah Allahyarham Abdullah dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.
Allahyarham Abdullah yang berusia 85 tahun menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam tadi akibat masalah pernafasan.
Topic Berkaitan
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#Najib Razak
#penghormatan terakhir
#Pengebumian Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan