NATIONAL
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sumbangan Pak Lah kepada pembangunan ekonomi
Allahyarham dilantik menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan beliau. - Gambar fail/BERNAMA
NEGARA dikejutkan dengan berita pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi (atau sinonim dengan Pak Lah) yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam, Isnin di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Allahyarham dilantik menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan beliau.
Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan orang ramai sumbangan Pak Lah dalam pembangunan ekonomi di Malaysia terutamanya dasar-dasar di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9, 2006-2010). RMke-9 merupakan Rancangan Malaysia pertama di bawah pentadbiran Pak Lah selepas arwah mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
Saya bersyukur kerana diberi peluang meneliti dan memberi input kepada penghasilan beberapa dasar utama di bawah RMKe-9. Berikut saya kongsikan dua dasar utama yang diperkenalkan oleh Pak Lah dalam RMKe-9. Mungkin ramai yang tidak mengetahui berkenaan dengan hal ini.
Pertama, Pak Lah telah memperkenalkan semula dasar “Growth With Distribution”. Dasar "growth with distribution" menekankan pertumbuhan ekonomi seimbang bersama agihan kekayaan yang adil. Pak Lah memperkenalkan dasar ini kerana situasi agihan pendapatan antara kaum kembali melebar antara tahun 1991 sehingga 2000, iaitu selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB). Antara tahun 1991 sehingga 2000, dasar pembangunan pada ketika itu lebih menekankan kepada aspek “Growth First, Distribution Later”.
Dalam tempoh pembangunan dasar RMKe-9 juga saya diberi kesempatan bertemu dengan mendiang Tan Sri Just Faaland, iaitu antara watak penting dalam pembentukan DEB ketika era Tun Abdul Razak. Mendiang Just Faaland kembali membantu Malaysia di bawah kerangka RMKe-9 bagi memperkukuh dasar pengagihan dan pertumbuhan ekonomi.
Kedua, Pak Lah turut memperkasa semula sektor pertanian dan asas tani sebagai salah satu sumber pertumbuhan ekonomi. Pemerkasaan sektor pertanian dan asas tani amat penting bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup petani di luar bandar terutamanya kaum Bumiputera. Dasar ini juga bertujuan untuk memperkukuh asas ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. Malangnya, dasar ini tidak menjadi fokus setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kedua-dua dasar di atas digubal dengan bermatlamatkan pengagihan pertumbuhan dan kekayaan negara secara adil di kalangan kaum dan masyarakat di Malaysia.
Antara kenangan manis yang saya tidak dapat lupakan ialah ketika mana saya bersama rakan-rakan yang mewakili Majlis Perwakilan Pelajar membuat penyerahan memorandum kepada Pak Lah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika itu Pak Lah merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi, semoga rohnya dicucuri rahmat.
* Artikel ini ditulis oleh penganalisis ekonomi, Dr Mohd Yusof Saari. Mohd Yusof merupakan bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau banyak terlibat sebagai konsultan dan penasihat di pelbagai agensi dalam dan luar negara berkaitan dengan ekonomi pembangunan terutamanya pasaran buruh. Di bawah pemerintahan Tun Abdullah, beliau terlibat dalam penggubalan dasar berkaitan dengan pertumbuhan dan pengagihan terutamanya dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2005-2010)
** Pandangan yang diterbitkan dalam artikel ini bukan merupakan pandangan Astro AWANU