Mengutamakan rakyat mengatasi kepentingan peribadi merupakan ciri-ciri yang ada dalam diri Perdana Menteri pertama negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Tunku, sebagai seorang pemimpin, bukan seorang yang hipokrit dan tidak pernah bermegah-megah dengan kemewahan biarpun berasal daripada keluarga diraja.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Tunku sebagai seorang pemimpin yang berjiwa halus dan menyayangi semua kaum.
"Tunku ini macam pemimpin revolusi Islam Iran, Ayatollah Khomeini yang mana kedua-duanya mementingkan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi.
"Ayatollah Khomeini, dia berjuang untuk bebaskan Iran daripada kerajaan kuku besi Shah Mohammad dari luar Iran. Beliau berjuang dan berjaya singkirkan Shah Mohammad Reza Pahlavi serta menubuhkan Republik Islam Iran.
"Selepas berjaya tubuhkan Republik Islam Iran, beliau tidak pegang jawatan dalam kerajaan sebaliknya jadi ulama sepenuhnya.
"Sama seperti Tunku, beliau masuk UMNO selepas Datuk Seri Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan negara perlukan pemimpin untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.
"Bila ada berlaku peristiwa 13 Mei yang dicetuskan pihak tertentu, Tunku melepaskan jawatan dengan sukarela bukan atas paksaan sesiapa," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI sempena hari kelahiran Tunku Abdul Rahman yang ke-112 tahun, Ahad lalu.
Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur.
Tunku menjawat jawatan Perdana Menteri yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Ibrahim memberitahu, biarpun pernah menjawat jawatan Perdana Menteri dan berasal dari keluarga diraja, Tunku tidak pernah bermegah dengan kekayaan.
Malah kata beliau, Tunku, sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri, sanggup mengorbankan harta yang dimiliki hidup secara sederhana demi rakyat.
"Jauh bezanya Tunku kalau nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin yang ada hari ini, Tunku hidup sederhana dan habiskan harta untuk rakyat.
"Tetapi kalau nak bandingkan pemimpin hari ini, hujung kuku pun belum tentu dapat, pemimpin hari ini nasihatkan rakyat supaya sederhana tetapi mereka hidup mewah," katanya.
Sikap Tunku itu, kata Ibrahim sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin muda kerana ia merupakan satu teladan yang baik dari Bapa Kemerdekaan itu.
Selain itu, jelas beliau, dengan cara hidup sederhana itu, rakyat dapat merasakan lebih dekat dengan pemimpin berbanding jika mereka hidup dengan cara yang mewah.
"Pemimpin sekarang ini, rumah mereka lebih besar dari istana raja, ini berbeza dengan Tunku," kata Ibrahim.
Dari segi memperjuangkan Islam, Ibrahim menjelaskan Tunku tidak perlu memakai jubah atau berkopiah untuk melaksanakan tanggungjawab beliau.
Tunku, jelas beliau, banyak juga menyumbangkan jasa terhadap kepentingan Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
"Tunku memastikan agama Islam dijadikan agama rasmi dalam perlembagaan negara dan itu merupakan antara jasa beliau terhadap Islam selain banyak lagi perkara yang dibuat tanpa perlu menunjuk-nunjuk.
"Tunku tahu kepentingan menjaga mereka yang baru memeluk Islam, lalu ditubuhkan Perkim, ini semua jasa beliau terhadap Islam.
"Yang lebih penting beliau tidak buat kerana kepentingan politik tetapi benar-benar kerana kepentingan Islam," katanya.
Ibrahim juga menyarankan agar ditubuhkan Institut Pemikiran Tunku Abdul Rahman yang dibiayai oleh Petronas dan syarikat GLC lain.
Ia bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh Tunku sebelum dan selepas kemerdekaan negara.
Irwan Muhammad Zain
Tue Feb 10 2015
IBRAHIM ALI: Tunku sama seperti Ayatollah Khomeini. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Salman Rushdie ditikam: Hezbollah enggan ulas
Pegawai yang enggan dikenali itu tidak mahu mengulas sebarang perkembangan mengenai kes berkenaan atas alasan mereka tidak tahu apa-apa.
Mengenang Tunku: Almarhum sama seperti Ayatollah Khomeini - Ibrahim Ali
Ibrahim Ali menyifatkan Tunku sebagai seorang pemimpin yang berjiwa halus dan menyayangi semua kaum.