awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengendap wanita mandi, lelaki Myanmar dibelasah penduduk kampung

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2018
02:31 MYT
Mengendap wanita mandi, lelaki Myanmar dibelasah penduduk kampung
Siasatan mendapati suspek berumur 30 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai anak yang juga jiran belakang rumah mangsa. - Foto Sinar Harian
Gara-gara mengendap seorang wanita, seorang lelaki warga asing dibelasah penduduk dalam kejadian di Kuala Muda, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek seorang lelaki warganegara Myanmar dipercayai, mengendap seorang wanita di belakang bilik air rumah mangsa di Kuala Muda, Penaga.
Katanya, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berumur 28 tahun itu berada di dalam bilik air dan terdengar seperti ada orang berjalan di belakang bilik air sebelum memaklumkan kepada abangnya.
“Abang mangsa yang mengecam lelaki itu bertindak menangkapnya sebelum suspek dipukul orang kampung," katanya.
Katanya, siasatan mendapati suspek berumur 30 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai anak yang juga jiran belakang rumah mangsa.
“Hasil rakaman percakapan, mangsa yang juga seorang penolong akauntan percaya kejadian tersebut telah beberapa kali berlaku kepadanya, pada waktu pagi.
“Hasil rakaman percakapan lain, abang mangsa memberitahu pihak polis dia melihat wajah suspek dengan jelas ketika menyuluh wajah suspek yang mencuri masuk ke dalam kawasan rumah mangsa yang berpagar,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan 6(1)(c) Akta Imigresen.
Topic Berkaitan
#bilik air
#kuala muda
#mengendap
#Myanmar
#Seberang Perai Utara
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan