awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menghadap Agong: Tun Mahathir tiba di Istana Negara

Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
10/06/2021
06:27 MYT
Menghadap Agong: Tun Mahathir tiba di Istana Negara
Kenderaan Proton X70 yang membawa Dr Mahathir memasuki Istana Negara sekitar pukul 1.58 tengah hari. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 1.58 tengah hari tadi.
Beliau dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 2.30 petang.
Hari kedua sembah maklum pemimpin di Istana Negara, Dr Mahathir merupakan pemimpin ketiga yang masuk ke Istana Negara hari ini.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.22 pagi.
Maklumat dari sumber mengatakan, Tuan Ibrahim dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.
Beliau dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 11.36 pagi dan tidak sampai 30 minit selepas itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula memasuki istana.
Kenderaan membawa beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan istana kira-kira jam 12.54 tengah hari.
Tiada sebarang kenyataan diberikan kepada media daripada kedua-dua pemimpin itu yang dilihat terus meninggalkan kawasan istana selepas pertemuan selesai.
Dalam pada itu, Dr Mahathir dijadual mengadakan sidang media secara dalam talian pada Khamis berhubung sembah maklum beliau dengan Al-Sultan Abdullah.
Sidang media tersebut dijangka diadakan pada pukul 4.30 petang ini.
Topic Berkaitan
#Tun M
#Dr Mahathir
#Mahathir Mohamad
#Yang di-Pertuan Agong
#YDPA
#Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#menghadap Agong
#Pejuang
#Parti Pejuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan