awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
Pengambilan terus pekerja asing langkah pembaharuan struktur pasaran buruh negara - DPMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2017
09:28 MYT
Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu
Seorang penjudi maut ketika satu 'port' judi di sebuah bangsal di Kampung Titi Keling di sini diserbu petang semalam. - Gambar hiasan
Seorang lelaki, berusia 54 tahun menemui ajal ketika cubaan melarikan diri dari serbuan polis dalam kegiatan judi di sebuah bangsal di Kampung Titi Keling, Alor Setar, Kedah.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Semasa kejadian, mangsa yang juga suspek tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri.
Menyedari perkara itu, polis menghubungi ambulans dan penolong pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar mengesahkan suspek meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin memaklumkan, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkait kegiatan judi.
“Dalam serbuan berkenaan, polis turut menahan enam lagi kaki judi berusia antara 40 sehingga 50 tahun di bawah bangsal berkenaan.
“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM916 selain peralatan perjudian,” katanya.
Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka.
Mohd Rozi juga menegaskan, tiada kecuaian atau kelalaian pihaknya semasa operasi tersebut dilakukan.
Topic Berkaitan
#ACP Mohd Rozi Jidin
#Kampung Titi Keling
#Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan