awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang Aidiladha, tiada tambahan kenderaan masuk ke Terengganu - Polis

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2021
03:33 MYT
Menjelang Aidiladha, tiada tambahan kenderaan masuk ke Terengganu - Polis
Meskipun menjelang kemuncak Hari Raya Aidiladha, namun sehingga kini tiada penambahan kenderaan yang masuk ke daerah berkenaan menerusi lima sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Tiada pertambahan jumlah kenderaan yang menembusi negeri Terengganu melalui pintu sempadan Terengganu-Pahang di daerah Kemaman menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, menerusi kawalan dan pemeriksaan di pintu sempadan negeri, sekitar 6,500 buah kenderaan yang keluar masuk dicatatkan setiap hari di daerah berkenaan.
Katanya, meskipun menjelang kemuncak Hari Raya Aidiladha, namun sehingga kini tiada penambahan kenderaan yang masuk ke daerah berkenaan menerusi lima sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan.
“Sempena Aidiladha kita tambah lagi tiga sekatan untuk memperketatkan lagi sempadan negeri iaitu dua di kawasan Jabor Lama, Jalan Bukit Kuantan, Goh dan juga Taman Perasing Jaya.
“Kita akan ketatkan kawalan ini untuk memastikan dan mengesan mereka yang cuba membuat rentasan negeri mengikut jalan-jalan lama ataupun jalan-jalan kampung,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan, kenderaan yang masuk ke sempadan negeri Terengganu hanyalah atas urusan bekerja dan bukannya bertujuan pulang berhari raya.
Bagaimanapun, pihaknya terus melaksanakan kawalan yang lebih ketat dan pemeriksaan rapi terhadap semua kenderaan di setiap pintu masuk sempadan dan semua lorong tikus.
Jelasnya lagi, pihaknya percaya pengurangan jumlah kenderaan itu mungkin disebabkan kesedaran masyarakat dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 seperti mana yang telah berlaku pada sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#terengganu
#pintu sempadan
#Sekatan Jalan Raya
#SJR
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan