awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS
Empat dekad Fauziah Latiff: Antara nostalgia, kasih sayang dan kepercayaan
[TERKINI] Bekas PAT mengaku tidak bersalah salah guna kuasa terima suapan lebih RM700,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang angkat sumpah, Kamala Harris ucap selamat tinggal kepada perwakilan Senat

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
23:20 MYT
Menjelang angkat sumpah, Kamala Harris ucap selamat tinggal kepada perwakilan Senat
Kamala Harris melambai ketika melakukan kerja sukarela sempena Hari Perkhidmatan Kebangsaan AS di Martha's Table, Washington, 18 Jan, 2021. (Foto AP)
BAKAL Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris akan melepaskan kerusi Senatnya pada Isnin, dua hari sebelum beliau dan bakal Presiden Joe Biden mengangkat sumpah.
Berikutan Dewan Senat tidak bersidang sehingga Selasa, Harris memuat naik video selamat tinggal di media sosialnya bagi menzahirkan penghargaan dipilih mewakili negeri kelahirannya.
"Saya hanya ingin katakan, betapa saya berbesar hati dapat berkhidmat sebagai Senator AS dari tempat kelahiran saya, California, negeri yang hebat.
"Dahulu, ketika saya menuntut di Universiti Howard pada 1984, saya memohon sebagai pekerja pelatih di pejabat senator kanan dari California ketika itu, Alan Cranston.
"Dan anak kelahiran Oakland ini telah terpilih. Dan siapa sangka, selepas bertahun-tahun kemudian, saya benar-benar dapat mengendalikan pejabat ini," katanya menerusi video yang dikeluarkan pada Isnin.
Katanya, menjadi satu penghormatan kerana dapat berkhidmat dengan begitu ramai pemimpin Amerika yang luar biasa di Senat, yang melakukan kerja bipartisan.
"Sama ada usaha untuk mengakhiri wang jaminan, atau usaha memperkuat infrastruktur nasional semasa pilihan raya, atau usaha menjadikan pembunuhan 'lynching' sebagai jenayah peringkat persekutuan.
"Ini adalah beberapa perkara yang telah kita laksanakan sepanjang empat tahun saya berkhidmat. Dan anda memberi saya penghormatan itu. Oleh itu, saya ucapkan terima kasih," tambah Harris.
Pengundurannya membuka jalan bagi Gabenor California Gavin Newsom melantik rakan Demokrat Alex Padilla, ketika ini Setiausaha Negeri California, untuk menjalani khidmat dua tahun terakhir baki penggal pemerintahan Harris.
Padilla akan menjadi Senator berketurunan Latin pertama dari California, yang mempunyai sekitar 40 peratus penduduk keturunan Hispanik.
Topic Berkaitan
#Washington
#California
#pilihan raya
#presiden
#video
#AS
#Joe Biden
#Kamala Harris
#angkat sumpah
#selamat tinggal
#ucapan terima kasih
#Alex Padilla
#senator
#Senat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan