awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang Syawal: Peniaga Pasar Payang hias kedai sempena lebaran

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/04/2022
22:50 MYT
Menjelang Syawal: Peniaga Pasar Payang hias kedai sempena lebaran
Lampu pelbagai bentuk menghiasi laluan di deretan kedai di Pasar Kedai Payang. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini, sebahagian peniaga di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu mengambil inisiatif dengan menghiasi laluan di deretan kedai mereka.
Ini bagi membangkitkan suasana lebaran selepas dua tahun tidak menyambutnya akibat pandemik COVID-19.
Apatah lagi ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), suasana dan kerancakan aktiviti di pasar berkenaan juga suram.
Menurut Wan Mohd Arman Wan Abdullah, para peniaga sanggup mengeluarkan kos sendiri untuk membeli tanglung ketupat untuk dipasang di gerai mereka bagi menceriakan suasana.
"Semangat ini timbul selepas dua tahun kita melalui musim raya suram dengan PKP, dengan ketiadaan orang di Pasar Payang ini.
"Kita ambil inisiatif dengan semangat ini kita buat lampu dengan kerjasama jiran-jiran kawasan ini, kita pasang tanlung, kita pasang lampu raya," katanya.
Pasar Besar Kedai Payang yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu turut terkenal sebagai syurga beli-belah dalam kalangan pelancong.
Bagi mereka yang berkunjung ke negeri darul iman itu pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan produk hasil tempatan seperti songket tenun, batik, sutera, tembaga dan kraf mahupun makanan tradisional.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#COVID-19
#Pasar Kedai Payang
#lebaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan