Menteri arah MIROS, JKJR kaji keadaan jalan raya bagi elak kemalangan

Astro Awani
Jun 30, 2017 15:24 MYT
Kajian harus dilakukan berikutan kadar kemalangan masih tinggi walaupun kempen keselamatan diperhebat. -Gambar fail
Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diarah melakukan kajian kualiti jalan raya di kawasan kemalangan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata selain melakukan penelitian terhadap kecuaian manusia dan faktor fizikal jalan raya turut diambil kira.
Kajian harus dilakukan berikutan kadar kemalangan masih tinggi walaupun kempen keselamatan diperhebat.
Kerajaan juga akan menaik taraf jalan raya berbahaya dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun lebih 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian manusia yang tidak mematuhi undang-undang.
#faktor fizikal jalan raya #Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya #Jabatan Keselamatan Jalan Raya #JKJR #kadar kemalangan #kecuaian manusia #kempen keselamatan #Liow Tiong Lai #MIROS