Menteri Belia dan Sukan Sabah meninggal dunia

Astro Awani
Mac 14, 2018 23:50 MYT
Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas sebelum ini berehat lebih lapan bulan dan menerima rawatan di Kuala Lumpur - Foto Facebook
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur di sini malam tadi.
Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira ‪pukul 11.59‬ malam ini akibat masalah kesihatan.
Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas sebelum ini berehat lebih lapan bulan kerana penyakit yang dirahsiakan dan menerima rawatan di Kuala Lumpur.
Menurut adik Allahyarham, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, jenazah abangnya akan diterbangkan ke Tawau pagi ini.
“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba-Nya yang soleh di syurga-Nya," ujarnya ringkas menerusi mesej kepada rakan media di sini malam tadi.
#ADUN #Kuala Lumpur #meninggal dunia #Menteri Sabah #Tawau