KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berpandangan agihan tugas perlu dibuat dengan strategik sekiranya menteri sedang bercuti sewaktu bencana berlaku.
Tegasnya, jentera kerajaan perlu berjalan dengan lancar menerusi arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha kementerian.
"Soalnya, kalau menteri tak ada (dalam negara) atau ada urusan, kita boleh maafkan...kita faham, terutama semasa hujung tahun, selalunya hujung tahun semua nak habiskan cuti.
"Saya dahulu kerja dengan kerajaan, timbalan menteri atau pengerusi GLC, saya tak pernah ambil cuti pun.
"Sekarang ini, sikit-sikit nak cuti, kalau dia (menteri) tak mahu cuti, 'orang rumah' (isteri) pula ajak cuti, ini masalahnya apabila hendak jaga hati 'orang rumah' lebih daripada nak jaga rakyat.
"Lepas itu, 'orang rumah' pula bukan satu, tetapi dua, tiga. Ini yang masalah ni. Jadi kalau keadaan begitu, pandai-pandailah menteri agihkan tugas itu kepada kepada orang bawah. Timbalan menteri pun bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan isu banjir pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, pegawai-pegawai kerajaan seperti ketua atau timbalan ketua setiausaha, pengarah atau setiausaha bahagian patut berperanan sewajarnya semasa ketiadaan menteri.
"Ini apabila menteri cuti, KSU cuti, TKSU cuti, semua cuti. Orang ramai ini yang ada ada urusan apa-apa tergendala.
"Kalau cuti, jentera kerajaan perlu terus berjalan, agiihkan tugas kepada pegawai-pegawai lain," katanya lagi.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 20 2022

Menurut Tajuddin, jentera kerajaan perlu berjalan dengan lancar menerusi arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha kementerian. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

COVID-19 di Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan salah sebuah kejiranan di Shanghai mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu dalam perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

10 Berita Pilihan - (18 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tajuddin mampu berfungsi dengan baik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia - MB Perak
Saarani optimis, Kabinet telah mengambil kita semua faktor sebelum mencalonkan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM
Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Presiden Jokowi.

Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Tajuddin bidas Najib isu KWSP, dedah wujud 'Little Napoleon' dalam kalangan Kabinet
Najib sepatutnya menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon dan Kabinet berhubung pengeluaran wang pencarum.

Mahkamah tolak saman Tajuddin terhadap Khalid Samad, NSTP, KiniTV
Mahkamah Tinggi menolak saman difailkan Tajuddin terhadap Khalid, NSTP dan KiniTV Sdn Bhd berhubung kenyataan fitnah pada sidang media di lobi Parlimen, enam tahun lalu.

Menteri bercuti ketika bencana: Nak jaga hati 'orang rumah' lebih daripada nak jaga rakyat
Jentera kerajaan perlu berjalan dengan lancar menerusi arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha kementerian.

Ismail Sabri perlu terus jadi Perdana Menteri sehingga 2023 - Kelab Penyokong Kerajaan
Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia berkata, Ahli Parlimen Bera itu mencapai beberapa kejayaan awal dalam tempoh 100 hari.

Kembalikan GST: "Mereka sedar, menyesal akan kesilapan" - Tajuddin
Pihak yang sebelum ini menolak GST dan memilih untuk melaksanakan kembali SST telah sedar dan menyesal dengan kesilapan yang dilakukan.

Tajuddin Pengerusi baharu Kelab Penyokong Kerajaan, Mohd Khairuddin timbalan
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
Pelitup muka ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menjadi perhatian.