Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa

Sinar Harian
Ogos 13, 2023 23:06 MYT
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar di sini pada jam 3 petang Selasa. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar di sini pada jam 3 petang Selasa.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui selepas mesyuarat menetapkan siapa calon Menteri Besar Kelantan di sini pada Ahad.
Ahmad berkata, pihaknya sudah memuktamadkan nama yang akan dipersembahkan kepada pihak Istana Kelantan bagi mendapat perkenan Sultan Kelantan.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad berkata, senarai nama tersebut juga sudah mendapat persetujuan daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
"Soal nama itu tidak penting, yang penting kita hantar untuk mendapat perkenan daripada Tuanku (Sultan Muhammad V) untuk memilih calon Menteri Besar Kelantan.
"Insya-ALLAH, majlis angkat sumpah akan berlangsung pada Selasa ini, jam 3 petang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini pada Ahad.
- Sinar Harian
#menteri besar kelantan #calon MB #angkat sumpah #Ahmad Yakob
;