Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin berkata beliau optimis rundingan penyusunan semula industri air di Selangor akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.
"Kita dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Puncak Niaga dan pemilik saham Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). Kita rasa optimistik tentang penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), pemegang saham majoriti dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 5 Dis lepas yang menerima tawaran pengambilalihan kedua-dua syarikatnya secara prinsipnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan beberapa syarat.
PNHB antaranya mahukan jumlah sumbangan ekuiti dibayar kepadanya termasuk pulangan bercampur 15 peratus setahun, sebagai pampasan kepada syarikat pegangan kerana kehilangan pendapatan masa depan akibat daripada penjualan perniagaan konsesi airnya kepada kerajaan negeri sebelum tarikh akhir konsesi masing-masing.
"Hutang yang belum dijelaskan daripada Syabas kepada PNSB pada tarikh kuat kuasa berhubung dengan bekalan dan penjualan air kepada Syabas perlu dibayar kepada PNHB kerana perkhidmatan ini telahpun diberikan," kata PNHB.
Ditanya mengenai tawaran Gamuda Bhd untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor pada harga RM10.7 bilion berbanding RM9.65 bilion oleh kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau akan bertindak berpandukan maklum balas daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai tawaran itu.
Empat syarikat itu ialah PNSB, Syabas, Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
Bernama
Tue Dec 10 2013
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Khalid Ibrahim mahu JAIS perjelas isu salah tangkap khalwat
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS memberi penjelasan susulan kes salah tangkap khalwat ke atas empat individu yang sedang berpindah rumah.
Menteri Besar Selangor optimis rundingan air selesai hujung bulan ini
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim optimis rundingan industri air di Selangor akan diselesaikan hujung bulan ini.