awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri gesa Aamir Khan elak iklan anti-Hindu

Faida Rahim
Faida Rahim
15/10/2022
07:00 MYT
Menteri gesa Aamir Khan elak iklan anti-Hindu
Iklan yang menampilkan Aamir Khan dan Kiara Advani sebagai pengantin baru digambarkan seolah memerli istiadat perkahwinan kaum Hindu. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Menteri Dalam Negeri India, Narottam Mishra menggesa aktor Bollywood terkenal, Aamir Khan untuk tidak lagi berlakon dalam iklan yang menyentuh sentimen agama.
Memetik laporan BBC, iklan yang dilakonkan oleh pelakon berusia 57 tahun ini dilaporkan mencetuskan kemarahan penganut agama Hindu di India.
Iklan yang menampilkan Aamir Khan dan Kiara Advani sebagai pengantin baharu digambarkan seolah ‘memerli’ istiadat perkahwinan kaum Hindu.
“Saya minta beliau (Khan) untuk tidak buat iklan sedemikian demi menjaga adat dan tradisi India,” katanya kepada media India.
Iklan terbaharu untuk sebuah syarikat perkhidmatan kewangan itu memaparkan Aamir Khan datang ke rumah pengantin perempuannya selepas majlis perkahwinan iaitu ritual yang dilakukan oleh pengantin Hindu.
Namun begitu, segelintir penonton mempertahankan iklan itu dan menggelarnya sebagai iklan yang "cemerlang".
"Iklan itu menceritakan bagaimana anak perempuan seharusnya dilayan dengan hormat dan kasih sayang," tulis seorang pengguna Twitter.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Aamir Khan dituduh menyentuh sensitiviti kaum Hindu.
Filem terakhirnya, Laal Singh Chaddha diboikot selepas pelakon itu menyuarakan kebimbangan mengenai sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang semakin meningkat di negara itu.
Topic Berkaitan
#Aamir Khan
#Narottam Mishra
#sentimen agama
#sentuh sensitiviti kaum Hindu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan