awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bernama
Bernama
02/05/2022
03:35 MYT
Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin. - Gambar Twitter
KUALA LUMPUR: Beberapa menteri Kabinet hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi catatan di akaun Twitter rasminya menyeru orang ramai agar memaknai ketibaan Syawal dengan memperbanyakkan pujian ke hadrat Allah SWT.
"Ramai bertugas pada 1 Syawal. Jauh dari anak isteri dan insan tercinta," kata Hishammuddin.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar pula, mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung.
"Saya dan keluarga mengambil kesempatan memohon ribuan ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara dalam urusan seharian kita bersama. Saya doakan semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT selalu," katanya.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba pula mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard semasa Fasa Peralihan ke Endemik ini dengan mengambil langkah-langkah kawalan seperti menjaga kebersihan dan memakai pelitup muka.
"Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu satu senyuman serta menjadi penyambung puak sesama kita tidak mengira bangsa dan agama. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin," kata beliau melalui akaun Twitter miliknya.
Syukur Alhamdulillah tahun ini #KeluargaMalaysia dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Dalam kita bergembira, perhatian serius juga perlu diberikan terhadap keselamatan, kesihatan diri & keluarga antaranya dengan mematuhi SOP terkini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. pic.twitter.com/y5cjt9Sqh8
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) May 2, 2022
Turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya ialah Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#menteri Kabinet
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan