awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat berkaitan bayaran gratuiti

Bernama
Bernama
04/08/2025
22:00 MYT
Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat berkaitan bayaran gratuiti
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta menafikan kementerian itu telah mengeluarkan sepucuk surat yang tular di media sosial berkaitan bayaran gratuiti lebih RM26 juta kepada seorang individu. - Gambar Facebook Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan kementerian itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28 Julai 2025 yang tular di media sosial berkaitan bayaran gratuiti kepada seorang individu.
Beliau berkata, surat itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan sama ada oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) atau beliau sendiri sebagai menteri.
"Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian.
"Sehubungan itu, saya menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan dokumen seumpama ini yang jelas mempunyai unsur penipuan dan penyamaran," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Nanta berkata, pihaknya telah mengambil maklum perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan mengenai ketulenan dokumen atau komunikasi yang didakwa dikeluarkan oleh KKR dinasihatkan untuk menghubungi terus saluran rasmi kementerian di laman sesawang www.kkr.gov.my atau talian rasminya.
Sebelum ini, tular di media sosial surat pemberian gratuiti lebih RM26 juta kepada waris seorang individu dalam majlis yang akan diadakan hari ini (Selasa), di KKR, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surat bayaran gratuiti
#Menteri Kerja Raya
#Alexander Nanta Linggi
#surat palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan