KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.
Bercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Khamis, Tengku Zafrul bagaimanapun, berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah bernilai RM100 juta tersebut tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.
“Permohonan telah dibuat, perbincangan pun diadakan, sekarang kita menunggu keputusan jemaah menteri untuk dimuktamadkan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap isu berkenaan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad (PH - Langkawi).
BACA: 'Hadiah' rumah, tanah bernilai RM100 juta kepada Najib Razak 'panaskan' Dewan Rakyat
Tengku Zafrul pada awal jawapan menyatakan mencadangkan supaya soalan itu dipanjangkan kepada Jabatan Perdana Menteri kerana perkara itu di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.
Bagaimanapun, selepas beberapa kali diminta menjawab persoalan tersebut terutamanya daripada Ahli Parlimen blok pembangkang, beliau kemudian mengesahkan permohonan telah diterima.
“Saya kata permohonan ini, seperti saya sebut tadi, ia tiada dalam Bajet kerana ia dibentangkan sebelum permohonan tersebut.
“Untuk laksanakan ini, ia akan dibawa sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan di Parlimen nanti,” ujarnya.
Jawapan itu nyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen dengan Datuk Mahfuz Omar (PH - Pokok Sena) dan RSN Rayer (PH - Jelutong) antara yang paling lantang menyuarakan bantahan.
Sesi penggulungan tersebut berterusan panas apabila Ahli Parlimen berulang kali membangkitkan perkara sama sehingga membuatkan Speaker, Tan Sri Azhar Azizan Harun beberapa kali mengarahkan mereka untuk duduk.
Ridauddin Daud
Thu Nov 18 2021

Tengku Zafrul mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di Kuala Lumpur. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Isu MySejahtera: PAC akan bentang laporan di Dewan Rakyat pada Julai ini
PAC akan membentangkan laporannya berhubung prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Dewan Rakyat pada minggu pertama persidangan Parlimen, Julai ini.

Khairy ulangi gesaan agar RUU larangan merokok diluluskan
Undang-undang baharu itu akan menjadi pengakhiran kepada aktiviti merokok dalam kalangan generasi belia.

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi 'monyet, babun, katak' jadi pilihan Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda.

Pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan manifestasi politik lebih sihat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

RUU Antilompat Parti: Sidang Khas Dewan Negara esok dibatalkan
Sidang Khas Dewan Negara yang dijadual pada 12 April dibatalkan.

Lompat parti? Ahli Parlimen sewajarnya dilucutkan kerusi Parlimen - Penganalisis
Ahli Parlimen yang bertindak melompat parti seharusnya diambil tindakan dengan mengosongkan kerusi Parlimen dimenangi mereka dalam pilihan raya.

RUU Antilompat Parti: Muhyiddin tak setuju Ahli Parlimen dipecat perlu kosongkan kerusi
Terdapat banyak sebab seseorang Ahli Parlimen meninggalkan parti seperti melanggar disiplin atau menyatakan sesuatu yang haq namun tidak disenangi pemimpin parti.

RUU Antilompat Parti: Kerajaan perlu serius perhalusi pindaan perlembagaan - Shamsul Amri
Pindaan Perlembagaan Perkara 10 bagi membolehkan Rang Undang-Undang Akta Antilompat Parti dibentang di Parlimen bukan sesuatu perkara yang memeranjatkan.

RUU Antilompat Parti: Pindaan Perlembagaan Perkara 48 perlu jelas pentafsirannya - Pakar
Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 48 perlu mendapat persetujuan secara konsensus oleh Ahli Dewan Rakyat sekiranya mahu pelaksanaan Akta Antilompat Parti dilaksanakan.

RUU Antilompat Parti: Amalan demokrasi kurang sihat, membimbangkan - Wan Junaidi
Ia selepas menyaksikan seramai 39 Ahli Parlimen telah bertindak melompat parti sejak Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan.