KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkongsikan nama empat kru dalam bot Jabatan Perikanan bernombor PL87 yang dipercayai hilang ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi dari Pengerang, petang selasa.
Menurutnya, kru yang ada dalam bot itu ialah Fatimah Razak, 36, Zaharin Baharudin, 37, Halim Sanip, 52 dan Marzuki Jusuh, 53.
Tambah beliau, semua mangsa masih belum ditemui dan pihak berkuasa akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat bot tersebut.
“Saya sendiri telah bercakap dengan semua waris mangsa pada pagi tadi, keempat-empat orang saya dapat hubungi.
“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perikanan untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada semua waris mangsa.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan keselamatan mereka dan berharap semua mangsa akan segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
BACA: Bot Jabatan Perikanan, empat kru dipercayai hilang dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi
Tambah beliau, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) akan mengetuai operasi carilamat bot tersebut.
Ia juga akan disertai pasukan Perkhidmatan Polis Marin (PPM), Police Operations Command Centre (POCC) dari Singapura dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dari Indonesia.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung isu tersebut di Dewan Rakyat pada Rabu.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan bot tersebut tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira 12.45 tengah hari Selasa.
Sepatutnya bot itu tiba di Pangkalan Tampoi, Johor jam 6.30 petang, pada hari yang sama namun sehingga kini masih belum ditemui.
Maklumat diterima daripada pihak berkuasa Singapura mendapati lokasi terakhir bot itu dikesan di perairan Tuas sekitar jam 3 petang pada Selasa.
Ridauddin Daud
Wed Mar 01 2023
Astro AWANI pada Rabu melaporkan bot tersebut tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira 12.45 tengah hari Selasa. - Fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Menteri kongsi nama kru bot Jabatan Perikanan hilang di Johor
Semua mangsa masih belum ditemui dan pihak berkuasa akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat bot tersebut.