[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Menteri Luar Arab Saudi, Malaysia bincang hubungan dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN-GCC

Bernama 27/05/2025 | 09:15 MYT
Pertemuan tertutup itu membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi serta bertukar pandangan mengenai beberapa isu geopolitik semasa yang menjadi kepentingan bersama. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, di luar Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ringkasan AI
  • Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, bagi membincangkan pengukuhan hubungan dua hala dan isu geopolitik semasa.
  • Pertemuan itu berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua di Kuala Lumpur, yang menjadi platform penting memperdalam kerjasama strategik antara dua blok serantau dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan.
  • Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan di bawah Kepengerusian Malaysia bertemakan -Keterangkuman dan Kelestarian-, menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN.

Pertemuan tertutup itu membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi serta bertukar pandangan mengenai beberapa isu geopolitik semasa yang menjadi kepentingan bersama.
Sidang kemuncak peringkat tinggi itu, yang dianjurkan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, menghimpunkan pemimpin tertinggi kedua-dua blok serantau bagi memperdalam kerjasama strategik dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan.
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC menjadi platform untuk menggalakkan dialog dan kerjasama antara rantau dalam menghadapi ketidaktentuan global dan landskap geopolitik yang kian berubah.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia yang bertemakan "Keterangkuman dan Kelestarian", serta turut menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
#ASEAN25 #ASEAN 2025 #Mohamad Hasan #Putera Faisal bin Farhan Al Saud