NATIONAL
Menteri Luar ASEAN terima pakai draf adendum kepada perjanjian SEANWFZ
Menteri-menteri Luar ASEAN telah menerima pakai draf Adendum kepada perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), yang menjadi langkah penting dalam proses keanggotaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Luar ASEAN telah mempertimbangkan dan menerima pakai draf adendum kepada perjanjian mengenai Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), yang menyerlahkan satu lagi langkah konkrit dalam laluan Timor-Leste ke arah keahlian penuh dalam blok serantau tersebut.
Ringkasan AI
Wisma Putra dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini, hari ini, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Menurut kenyataan itu draf adendum yang telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Eksekutif SEANWFZ semasa mesyuaratnya pada 29 April lepas, menyediakan asas undang-undang bagi membolehkan negara anggota ASEAN dan Timor-Leste menjalankan prosedur domestik yang diperlukan untuk penyertaan.
"Penerimaan itu menandakan satu langkah penting ke hadapan bagi integrasi Timor-Leste ke dalam rangka kerja politik dan keselamatan ASEAN," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan sejurus selepas AMM.
Mesyuarat berkenaan turut menerima pakai Garis Panduan untuk Memudahkan Penyertaan Timor-Leste kepada Instrumen dan Perjanjian Perundangan ASEAN, menyerlahkan perkembangan berterusan ke arah keahlian penuh negara itu ke dalam blok serantau tersebut.
Timor-Leste diberikan status pemerhati dalam ASEAN pada tahun 2022 susulan Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 di Phnom Penh, dan sejak itu ia telah mengambil bahagian dalam mesyuarat dan program pembinaan kapasiti sebagai persediaan untuk keahlian penuh.
Wisma Putra berkata semasa mesyuarat itu, menteri luar ASEAN dan Timor-Leste turut mengesahkan komitmen kolektif mereka terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dalam menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi yang semakin sengit.
"Perbincangan tertumpu kepada pengukuhan autonomi strategik ASEAN, memajukan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, dan meningkatkan kapasiti rantau ini bagi memainkan peranan yang proaktif dan konstruktif dalam hal ehwal serantau dan global," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di KLCC pada 26 dan 27 Mei ini bersama dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.
Sidang Kemuncak dan mesyuarat berkaitannya ini menghimpunkan pemimpin negara ASEAN untuk membincangkan isu-isu serantau dan melakar hala tuju masa depan kerjasama blok itu, di samping menangani pelbagai isu mendesak serantau dan antarabangsa, dengan krisis yang berterusan di Myanmar kekal menjadi perhatian utama bagi negara anggota.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri-menteri Luar ASEAN telah menerima pakai draf Adendum kepada perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), yang menjadi langkah penting dalam proses keanggotaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN.
- Mesyuarat turut meluluskan Garis Panduan untuk memudahkan penyertaan Timor-Leste dalam instrumen dan perjanjian perundangan ASEAN, serta menegaskan komitmen bersama terhadap keamanan dan kestabilan serantau.
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Kuala Lumpur turut membincangkan isu-isu geopolitik termasuk krisis Myanmar, serta memfokuskan kepada pengukuhan autonomi strategik dan pelaksanaan Wawasan Komuniti ASEAN 2045.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini, hari ini, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Menurut kenyataan itu draf adendum yang telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Eksekutif SEANWFZ semasa mesyuaratnya pada 29 April lepas, menyediakan asas undang-undang bagi membolehkan negara anggota ASEAN dan Timor-Leste menjalankan prosedur domestik yang diperlukan untuk penyertaan.
"Penerimaan itu menandakan satu langkah penting ke hadapan bagi integrasi Timor-Leste ke dalam rangka kerja politik dan keselamatan ASEAN," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan sejurus selepas AMM.
Mesyuarat berkenaan turut menerima pakai Garis Panduan untuk Memudahkan Penyertaan Timor-Leste kepada Instrumen dan Perjanjian Perundangan ASEAN, menyerlahkan perkembangan berterusan ke arah keahlian penuh negara itu ke dalam blok serantau tersebut.
Timor-Leste diberikan status pemerhati dalam ASEAN pada tahun 2022 susulan Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 di Phnom Penh, dan sejak itu ia telah mengambil bahagian dalam mesyuarat dan program pembinaan kapasiti sebagai persediaan untuk keahlian penuh.
Wisma Putra berkata semasa mesyuarat itu, menteri luar ASEAN dan Timor-Leste turut mengesahkan komitmen kolektif mereka terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dalam menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi yang semakin sengit.
"Perbincangan tertumpu kepada pengukuhan autonomi strategik ASEAN, memajukan Wawasan Komuniti ASEAN 2045, dan meningkatkan kapasiti rantau ini bagi memainkan peranan yang proaktif dan konstruktif dalam hal ehwal serantau dan global," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di KLCC pada 26 dan 27 Mei ini bersama dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.
Sidang Kemuncak dan mesyuarat berkaitannya ini menghimpunkan pemimpin negara ASEAN untuk membincangkan isu-isu serantau dan melakar hala tuju masa depan kerjasama blok itu, di samping menangani pelbagai isu mendesak serantau dan antarabangsa, dengan krisis yang berterusan di Myanmar kekal menjadi perhatian utama bagi negara anggota.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA

#perjanjian SEANWFZ
#Mohamad Hasan
#ASEAN2025
#ASEAN25
#Wisma Putra
#Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara