awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir

Bernama
Bernama
13/12/2024
14:45 MYT
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Abdelatty memuji tindakan pantas Kerajaan Malaysia dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas. - Gambar Greg Baker/Pool Photo via AP
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Dalam mesejnya kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, Abdelatty memuji tindakan pantas Kerajaan Malaysia dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap ketabahan dan kekuatan rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis ini.
"Mesir bersama Malaysia dalam masa yang sukar ini. Kami bersama anda," kata Abdelatty. Salinan surat itu dikongsi dengan Bernama oleh Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur.
Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia telah mencetuskan pelbagai tindak balas kecemasan daripada pihak berkuasa tempatan serta sokongan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#ucapan takziah
#pbt
#kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan