MALAYSIA
Menteri luar, perdagangan APEC bincang hala tuju perdagangan global menjelang AELM
Presiden AS Donald Trump bergambar bersama pemimpin negara lain termasuk PM Kanada Mark Carney dan PM Australia Anthony Albanese pada majlis makan malam dihoskan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung di Gyeongju, Korea Selatan, 29 Okt 2025. REUTERS
GYEONGJU (Korea Selatan): Menteri luar dan perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan mengadakan mesyuarat mereka hari ini menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 pada Jumaat ini, bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan para pegawai kanan.
Ringkasan AI
Malaysia, sebagai antara 12 ahli pengasas forum ekonomi itu akan diwakili Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Mohamad Hasan dijangka menyampaikan kenyataan rasmi Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri APEC ke-36.
Memanfaatkan momentum kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan yang baru sahaja berakhir pada Selasa, kedua-dua menteri dijangka membawa semangat yang sama, memperkukuh usaha proaktif berterusan negara dalam mencorakkan semula agenda serantau dan menyelaraskannya dengan keutamaan ekonomi negara.
Menurut Tengku Zafrul, Malaysia terus menyokong APEC sebagai platform penting untuk tindakan kolektif dan kemajuan bersama.
"Bersandarkan kepada pendirian kita dan prinsip MADANI, delegasi negara akan terus komited terhadap sistem perdagangan pelbagai hala yang adil, telus dan berasaskan peraturan.
"Agenda kita berlandaskan pertumbuhan mampan, diperkasakan oleh transformasi digital, kerjasama serantau dan pelaksanaan inklusif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Banyak pencapaian penting yang berjaya dicapai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di bawah kepengerusian Malaysia termasuk kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN, dan pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja.
Sidang kemuncak itu juga menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), yang membawa hasil antara lainnya sehingga 1,711 produk eksport Malaysia ke AS bakal menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus.
Berbalik kepada platform APEC, perhatian akan tertumpu kepada pertemuan kali pertama antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping sejak Trump memulakan pentadbiran keduanya.
Pertemuan terakhir mereka adalah semasa sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun pada Jun 2019.
Kedua-dua pemimpin kuasa besar dunia itu dijangka memuktamadkan rundingan tarif, yang mana sebarang hasil positif boleh mencorakkan hala tuju perdagangan global untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Semalam, AS dan Korea Selatan turut memuktamadkan perjanjian ketika mereka memuktamadkan perjanjian tarif semasa pertemuan antara Trump dan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung.
Seoul menjanjikan pelaburan sebanyak US$350 bilion yang akan menurunkan tarif AS ke atas produk Korea.
Ketika para Pemimpin APEC berkumpul di Gyeongju, mereka dijangka membincangkan lebih lanjut usaha menangani kerumitan perdagangan global yang semakin meningkat dan menyelaraskannya dengan kepentingan negara mereka pada masa depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengetuai delegasi Malaysia, dijangka tiba di sini hari ini bagi menghadiri AELM.
Di luar acara AELM, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dan perbincangan bersemuka bersama pemimpin perniagaan utama sebagai sebahagian daripada strategi Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perdagangan, pelaburan, inovasi kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan tenaga lestari.
APEC, yang terdiri daripada 21 ekonomi anggota kini menyumbang 61 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global dan 46 peratus daripada perdagangan dunia.
Rantau APEC yang dihuni lebih tiga bilion penduduk diunjur berkembang sebanyak 2.9 peratus pada 2026.
Gyeongju, yang digelar sebagai "muzium tanpa tembok" memiliki pelbagai tapak bersejarah dengan sebahagiannya telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadi tuan rumah kepada perhimpunan ekonomi Asia-Pasifik bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri luar dan perdagangan APEC bermesyuarat di Gyeongju menjelang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32, dengan Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
- Malaysia menekankan komitmen terhadap sistem perdagangan adil dan mampan berasaskan prinsip MADANI, dengan fokus kepada transformasi digital, kerjasama serantau dan pertumbuhan inklusif.
- Mesyuarat APEC turut menarik perhatian kepada pertemuan pertama antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping sejak 2019, yang dijangka membincangkan isu tarif dan hala tuju perdagangan global.