awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Rusia kecam peluasan NATO

Bernama
Bernama
10/10/2023
10:20 MYT
Menteri Luar Rusia kecam peluasan NATO
Sergei Lavrov memberi amaran bahawa tindakan NATO itu menjejaskan kerangka serantau sedia ada dalam persekitaran ASEAN. - Reuters
MOSCOW: Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov mengecam pengembangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan percubaan untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Hemisfera Timur, lapor Xinhua.
Dalam artikel yang diterbitkan di laman sesawang rasmi Kementerian Luar Rusia pada Selasa, Lavrov memberi amaran bahawa tindakan NATO itu menjejaskan kerangka serantau sedia ada dalam persekitaran ASEAN dan mewujudkan titik panas baharu ketegangan geopolitik di rantau Asia-Pasifik.
Lavrov berkata Washington dilaporkan sedang membentuk pakatan, seperti AUKUS (Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat), trio Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan, serta kuartet Tokyo, Seoul, Canberra dan Wellington dan melibatkan kerjasama praktikal dengan NATO.
Tindakan itu mungkin boleh menimbulkan ancaman kepada kerangka serantau yang inklusif, berasaskan konsensus dalam persekitaran ASEAN, kata Lavrov dalam artikel bertajuk "Observance of the Principles of the UN Charter in their Entirety and Interrelation - a Guarantee of International Peace and Stability."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sergei Lavrov
#NATO
#ASEAN
#ketegangan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan