Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Menteri Luar Singapura ke Malaysia esok, eratkan lagi hubungan bilateral

Astro Awani 16/05/2022 | 09:40 MYT
Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai Selasa bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral di antara kedua-dua negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai Selasa bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral di antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan berkata, sempena lawatan itu, beliau dijangka bertemu rakan sejawatannya Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pemimpin-pemimpin negara yang lain.

Pada lawatan itu juga, Dr Vivian akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau akan ditemani pegawai dari Kementerian Luar Singapura.
#Menteri Luar Singapura #vivian balakrishnan #lawatan kerja #Kementerian Luar #Saifuddin Abdullah #Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah