awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Syria tangguh lawatan rasmi ke Malaysia

Bernama
Bernama
16/07/2025
05:20 MYT
Menteri Luar Syria tangguh lawatan rasmi ke Malaysia
Lawatan Al-Shaibani dirancang sebagai kunjungan rasmi pertama kerajaan baharu Syria ke Malaysia, bagi meneroka kerjasama strategik antara kedua-dua negara. - Gambar fail/Reuters
PUTRAJAYA: Menteri Luar dan Ekspatriat Syria Asaad Hasan Al-Shaibani menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis (17-18 Julai) disebabkan hal yang tidak dijangka.

Ringkasan AI
  • Lawatan Rasmi Menteri Luar Syria Ditangguhkan: Asaad Hasan Al-Shaibani menangguhkan lawatan ke Malaysia yang dijadualkan pada 1718 Julai atas sebab tidak dijangka, dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.
  • Tujuan Lawatan untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala: Lawatan itu dirancang sebagai kunjungan rasmi pertama kerajaan baharu Syria ke Malaysia, bagi meneroka kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
  • Pertemuan Diplomatik yang Dirancang: Al-Shaibani dijadual bertemu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kementerian akan memaklumkan tarikh baharu setelah ia disahkan," menurut Kementerian Luar Malaysia dalam satu pemakluman media pada Rabu.
Al-Shaibani dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai Rabu, yang merupakan kunjungan rasmi pertama daripada kerajaan baharu Syria.
Lawatan itu bertujuan meneroka potensi bagi menggiatkan semula hubungan dua hala dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Syria.
Al-Shaibani juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Syria
#lawatan rasmi ditangguh
#Asaad Hasan Al-Shaibani
#lawatan ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan