awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
WEF2026: EU rangka pakej sokongan keselamatan Artik, tarif AS satu kesilapan - Von der Leyen
Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Turkiye adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia

Bernama
Bernama
15/07/2023
09:15 MYT
Menteri Luar Turkiye adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dijadual melawat Malaysia pada 15 hingga 16 Julai. - Foto AP
PUTRAJAYA: Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dijadual melawat Malaysia pada 15 hingga 16 Julai.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meraikan kedatangan rakan sejawatnya, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan.
Ini merupakan lawatan pertama Fidan ke Malaysia sejak dilantik sebagai Menteri Luar pada 3 Jun 2023.
Semasa lawatan itu, kedua-dua menteri dijangka membincangkan pelbagai isu yang melibatkan kerjasama di antara kedua-dua buah negara selaras dengan peningkatan taraf hubungandua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022, menurut kenyataan itu.
Agenda utama perbincangan merangkumi kerjasama dalam pelbagai aspek termasuklah perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, serta sains dan teknologi.
Kedua-dua menteri juga akan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk isu-isu yang melibatkan umat Islam.
Fidan juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menurut Wisma Putra.
Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.
Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Turkiye meningkat 12.6 peratus kepada RM20.25 bilion (AS$4.62 bilion) daripada RM17 bilion (AS$4.10 bilion) pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Luar Turkiye
#Hakan Fidan
#Zambry Abd Kadir
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan