MALAYSIA
Menteri Malaysia sambut baik kerjasama belia, sukan yang lebih erat dengan China
Hannah berkata Malaysia memperoleh pelbagai manfaat daripada pertukaran dua hala dan kerjasama latihan dengan China. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia Hannah Yeoh pada Ahad berkata Malaysia mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dalam bidang belia dan sukan dengan China serta berharap dapat memperkukuh hubungan dua hala melalui pertukaran rakyat-ke-rakyat yang lebih giat, lapor Xinhua.
Berucap semasa acara larian persahabatan Malaysia-China yang diadakan di Sabah, Hannah menekankan keunggulan China yang sudah terkenal dalam bidang sukan, sambil berkata Malaysia memperoleh pelbagai manfaat daripada pertukaran dua hala dan kerjasama latihan dengan China.
"China sentiasa dikenali sebagai antara peneraju utama dalam sukan di Asia, malah di peringkat Olimpik," kata beliau.
Larian persahabatan di Sabah itu, yang dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah, menarik lebih 5,000 penyertaan, termasuk golongan belia dari kedua-dua negara, keluarga tempatan, serta pekerja syarikat China yang beroperasi di Malaysia.
--BERNAMA-XINHUA