awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pendidikan akan dipanggil beri penjelasan kepada PAC

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
27/11/2013
13:05 MYT
Menteri Pendidikan akan dipanggil beri penjelasan kepada PAC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Pendidikan atau timbalannya untuk memberi penjelasan tentang kelemahan didalam kementerian itu, yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bulan lepas.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jawatankuasa itu ingin penerangan tentang Pengurusan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) di institusi pendidikan yang laporan tersebut dapati kurang memuaskan.
Jazlan berkata, jawatankuasa telah menemui kelemahan di dalam pelaksanaan projek itu, termasuk kelemahan pentadbiran, selepas berjumpa dengan ketua setiausaha kementerian itu pada Rabu.
Namun, Jazlan tidak menyatakan sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
“Kementerian ada dua menteri. Terpulang kepada kementerian untuk menghantar Menteri atau timbalan untuk memberi penjelasan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat di Parlimen pada Rabu.
Wakil kementerian itu akan dipanggil pada awal tahun hadapan.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut hanya membelanjakan RM2.052 bilion daripada RM3.689 bilion yang diperuntukkan tetapi pengurusan kontrak tidak teratur di tiga buah negeri.
Kementerian telah mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan syarikat swasta bagi melaksanakan PKK tanpa senjata api di 35 premis institusi pendidikan.
Ini bagi membekalkan keselamatan yang mencukupi, mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram serta mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Namun, dari Jun 2012 hingga September 2012, sembilan buah syarikat telah lewat menyerahkan Bon Pelaksanaan (BP) dan kontrak telah ditandatangani walaupun BP masih belum diterima.
Sementara itu, sebanyak 74 peratus sekolah yang melibatkan 18 buah syarikat gagal mengemukakan maklumat pengawal kepada pihak Audit.
Laporan mendapati tujuh peratus pengawal melebihi had umur yang dibenarkan, enam peratus tidak mengemukakan laporan kesihatan dan 59 peratus tidak mengemukakan pengesahan mereka bebas daripada rekod jenayah.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Kementerian Pendidikan
#Laporan Ketua Audit Negara 2012
#Nur Jazlan Mohamed
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan