awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pendidikan digesa bentang perancangan - SERI

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2021
06:17 MYT
Menteri Pendidikan digesa bentang perancangan - SERI
Usaha secara inovatif dan menyeluruh perlu dilaksanakan untuk memastikan pendidikan anak-anak di negara ini tidak berhenti. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin digesa membentangkan pelan rancangan selepas jangkitan COVID-19 terutama melibatkan sektor pendidikan terus menunjukkan peningkatan.
Social and Economic Research Initiative (SERI) dalam satu kenyataan berpandangan, penjelasan daripada pihak kementerian amat penting dalam meningkatkan keyakinan pada rakyat.
Pada masa sama, SERI mencadangkan, usaha secara inovatif dan menyeluruh perlu dilaksanakan untuk memastikan pendidikan anak-anak di negara ini tidak berhenti.
"Pandemik ini telah menyerlahkan lagi betapa luasnya jurang digital yang mendepani pelajar. Jaringan dan kemampuan memiliki peranti terus menjadi penghalang utama.
"Ibu bapa dan penjaga yang kini bergelar pendidik di rumah terus berdepan cabaran dalam membimbing anak pada masa sama mengimbangi komitmen kerja mereka.
"Jurang generasi dan kurangnya ilmu dalam mengadaptasi kemajuan teknologi juga menyekat pendidikan kanak-kanak," memetik kenyataan itu.
Dengan 90.1 peratus rakyat Malaysia berhubung menggunakan jalur lebar tetap dan mobil, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menyasarkan 100 peratus akses internet dalam kalangan isi rumah pada 2025.
Namun, inisiatif ini kata SERI hanya mampu dicapai sekiranya kerajaan memfokuskan jaringan internet yang stabil, harga berpatutan dan mudah diakses.
"Jaringan yang baik akan membolehkan para pelajar terlibat belajar dan mengakses kandungan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya.
"Ia dilihat seiring pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA). Kawasan pedalaman boleh menerima manfaat daripada teknologi lain seperti 'TV white spaces' iaitu teknologi yang membolehkan WiFi dipancarkan menggunakan spektrum televisyen yang tidak digunakan lagi.
"TV white spaces merupakan pilihan berdaya maju yang digunakan di negara jiran, di mana jaringan berdepan kesukaran disebakan kekangan geografi," katanya.
Topic Berkaitan
#pendidikan
#COVID-19
#pandemik
#pelajar
#ekonomi
#Radzi Jidin
#jaringan internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan