Kadar caj perkhidmatan penerbangan akan ditentukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ujar Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Jelasnya, keputusan rasmi akan diumumkan minggu ini selepas mesyuarat diadakan antara menteri dan pemain industri penerbangan.
"DCA telah melakukan enggagement dengan pihak industri sebelum ini dan akan ada lagi perbincangan dengan mereka termasuk bersama menteri esok. Menteri akan membuat keputusan mengenai kadar caj berkenaan dan kami hanya mengemukakan cadangan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DCA di sini hari ini.
Cadangan kenaikan caj perkhidmatan penerbangan berkenaan termasuk semakan semula kadar Caj Penerbangan Udara (ANFC) iaitu sehingga sepuluh kali ganda daripada kadar asal.
Selain itu katanya, kenaikan juga perlu dibuat memandangkan pihaknya memerlukan kos yang tinggi untuk lesen penerbangan juruterbang selain peralatan canggih lain.
"Berdasarkan kajian kes melibatkan Airbus 320 yang melebihi 45,000 kilogram, caj kemudahan penerbangan di Malaysia adalah RM800 berbanding New Zealand (RM3,279), Azerbaijan (RM,2798), Thailand (RM1,940) , Vietnam (RM1,019) dan Hong Kong (RM861)," kata Azharuddin.
Jelas beliau, perubahan teknologi adalah antara sebab mengapa caj perkhidmatan penerbangan yang dicadangkan DCA perlu dilakukan.
"Kalau 30 ke 40 tahun dulu masa itu satu keadaan ekonomi baik, peralatan pun tidak perlu yang sebagus sekarang ini. Kita perlukan peralatan dan perkhidmatan yang lebih baik dan mencabar. Kalau kita tidak melakukan perubahan itu kita akan ketinggalan," tambahnya.
Pada masa sama, katanya sistem penerbangan negara juga perlu diaudit International Civil Aviation Organization (ICAO) dan ia sekali gus memerlukan peralatan dan perkhidmatan penerbangan yang lebih baik.
"Kami tidak boleh menjadi sebuah badan keuntungan tetapi kami memerlukan kewangan untuk menaik taraf perkhidmatan selaras dengan pemodenan yang dicapai hari ini. Kami juga perlu orang bekerja bersama kami termasuk juruterbang, jurutera, pengawal trafik udara, dan semua ini perlu dibayar dengan yang sepatutnya. Inilah keperluan yang perlu dipatuhui melalui ICAO," katanya lagi.
Selain itu, DCA juga telah berbincang dengan ahli ekonomi berhubung kenaikan caj berkenaan termasuk jumlah kadar sebenar yang sepatutnya dicadangkan.
"Dengan kenaikan caj ini, kita yakin kita mampu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, dan produktiviti penerbangan kita. Selain itu ia turut menggalakkan pelaburan baru, dan memanfaatkan pemain industri," tambah beliau.
Kali terakhir yuran dan caj perkhidmatan penerbangan disemak semula ialah pada 1996.
Ketika ini katanya, terdapat 1,100 pergerakan bagi pendaratan dan pelepasan pesawat direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam sehari.
Pada Ahad Liow memberi jaminan tidak akan menaikkan harga tiket kapal terbang walaupun caj perkhidmatan penerbangan dinaikkan DCA.
Jelasnya, caj berkenaan tidak pernah dinaikkan sejak 40 tahun DCA beroperasi.
Rahimah Abdullah
Mon Apr 11 2016
Menurut Azharuddin Kali terakhir yuran dan caj perkhidmatan penerbangan disemak semula ialah pada 1996. - Foto Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Menteri Pengangkutan akan tentukan kadar baru caj perkhidmatan penerbangan - DCA
Keputusan rasmi akan diumumkan minggu ini selepas mesyuarat diadakan antara menteri dan pemain industri penerbangan.