Kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut masa ditetapkan, terutama membabitkan perumahan, akan dibatalkan kontrak.
Itu antara tindakan tegas yang akan diambil, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin, bagi projek di bawah kementeriannya.
Justeru katanya, satu unit pemantau baharu di bawah seliaan Timbalan Ketua Setiausaha KPKT akan diwujudkan bagi memantau secara lebih dekat dan telus semua projek di bawah kementerian itu.
"Mengikut laporan audit banyak projek di bawah kementerian tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan selain itu pengisian terhadap rumah yang telah siap juga tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
"Apa yang saya terkejut ada projek perumahan yang tidak mengikut tempoh masa sampai 15 tahun lewat dan itu melampau ... selain itu pengisian rumah yang telah siap juga sampai tiga tahun.
"Oleh itu kita kena pantau dan tegas terhadap kontraktor yang tidak mengikut masa dan kalau perlu dihentikan, kita akan hentikan kontrak berkenaan," katanya dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat perjalanan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang II, dekat sini, hari ini.
Zuraida menasihatkan agar semua kontraktor yang melaksanakan projek di bawah KPKT sentiasa memastikan perjalanan projek mengikut jadual yang ditetapkan.
"Kita tahu banyak masalah yang dihadapi... mungkin ada kesilapan yang lampau, namun ia bukan menjadi alasan... kita perlu lihat ke depan untuk pastikan projek berjalan lancar dan disiapkan," katanya.
Beliau juga meminta agar pengisian rumah PPR dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu sebaik sahaja rumah berkenaan siap.
"Kita mahu nama pemohon dapat diperoleh satu tahun sebelum projek siap dan ia dapat ditapis dan nama-nama pemohan yang layak dapat diperolehi sebelum projek siap dan apabila siap mereka boleh terus tinggal di rumah berkenaan," katanya.
Sementara itu, beliau meminta semua kontraktor untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua projek PPR yang mereka kendalikan.
"Dengan adanya CCTV banyak perkara yang kita boleh elakkan termasuk masalah sampah, vandalisme, jenayah dan penderaan. Semua masalah berkenaan kita dapat pantau sekiranya ada CCTV," katanya.
Mengulas mengenai lawatan itu, Zuraida berkata PPR Gayang II kini sudah 46 peratus siap dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Mei 2021.
"Namun kita sedar ada kelewatan pembinaan projek ini disebabkan penularan COVID-19... namun saya berpuas hati dengan perjalan projek ini dan kita juga berharap ia dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Sekiranya ada masalah yang timbul kontraktor perlu menghubungi kita dan pihak kementerian akan mengambil tindakan selanjutnya untuk memastikan projek ini dapat disiapkan," katanya.
Agensi
Sun Aug 09 2020
Semua kontraktor diminta memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua projek PPR yang mereka kendalikan. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.