ALOR GAJAH: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.
Mohamed Hafiz Ibrahim dan isterinya Intan Hafiezah Roslan masing-masing berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menipu seorang peniaga Muhammad Syafiq Bashir Ahmed, 32, dengan niat memperdaya kononnya akan membekalkan sebanyak 4,245 papan telur sehingga mendorongnya memindahkan sejumlah wang secara berperingkat berjumlah RM52,990.
Kesalahan itu dilakukan di Lot 942, Simpang Ampat antara 13 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023 dan didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan itu, pasangan berkenaan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,500 seorang.
Mohamed Hafiz yang juga seorang peniaga turut didakwa atas dua lagi pertuduhan menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kapten dan memakai pakaian yang menyerupai pakaian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan niat menipu mangsa sama.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Syarikat Teck Ping Chan Agriculture Sdn Bhd di Alor Gajah pada 5 petang 13 Disember 2022.
Bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan, tertuduh dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan, atau denda RM400 atau kedua-duanya.
Majistret Nurul Bahiyah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Dalam prosiding sama, Mohamed Hafiz turut didakwa menyamar sebagai peguam bagi memperdaya seorang individu lain, Ahmad Farizal Abdul Hajat, 43, untuk membantu menyelesaikan kes saman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sehingga mendorong mangsa memindahkan wang tunai sebanyak RM3,000.
Intan Hafiezah pula didakwa menerima wang berkenaan menerusi akaun bank miliknya yang mana tertuduh tidak dapat memberi penjelasan munasabah bagaimana wang tersebut diperoleh antara tempoh 16 Disember hingga 21 Dissember 2022 lalu.
Mahkamah kemudian membenarkan Mohamed Hafiz dijamin sebanyak RM5,000 kerana menyamar peguam manakala isterinya dikenakan jaminan RM1,500.
Majistret Nurul Nabihah memutuskan jaminan keseluruhan RM15,500 terhadap Mohamed Hafiz dan RM6,000 terhadap Intan Hafiezah itu dengan seorang penjamin selain menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa'ari manakala pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Mar 22 2023
Mohamed Hafiz Ibrahim dan isterinya Intan Hafiezah Roslan masing-masing berusia 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalh. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.