awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas

Bernama
Bernama
11/02/2024
13:13 MYT
Menyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas
Yahaya berkata dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi, wanita berusia dalam lingkungan 38 tahun itu telah didatangi suspek yang dipercayai warga tempatan. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit, dalam kejadian di Tanjung Rambutan, 8 Feb lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi, wanita berusia dalam lingkungan 38 tahun itu telah didatangi suspek yang dipercayai warga tempatan.
"Semasa sedang berurusan, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif menolak mangsa dan menarik rantai emas miliknya itu.
"Suspek sempat mengugut untuk mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Yahaya berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.
"Dua utas yang hilang itu merupakan rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapa mangsa, dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rantai perkahwinan
#warga tempatan
#penjual susu lembu
#kes samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan