KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam meluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak, walaupun berdepan cabaran besar pandemik COVID-19.
Dalam usaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan berkualiti, Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam kadar enrolmen prasekolah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Ahmad Rafee Che Kassim berkata, kementerian akan cuba sedaya upaya merealisasikan impian komuniti yang mahukan semua kanak-kanak mendapat akses pendidikan awal tanpa batasan dengan kos yang mampu milik.
"Dengan permintaan tinggi serta sumber yang terhad, kami akan berusaha menubuhkan dua ke tiga kelas prasekolah di setiap sekolah rendah dan juga menengah.
"Pembangunan prasekolah baharu diharapkan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif sekali gus menangani jurang sektor pendidikan terutama di kawasan terpencil.
"Kami akan teruskan misi untuk memastikan tiada satu kanak-kanak pun yang tercicir pendidikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi pelancaran laporan Tinjauan Pendidikan Prasekolah Malaysia pada Selasa.
Data oleh Kumpulan Bank Dunia menunjukkan dari 2009 sehingga akhir 2022, kadar enrolmen prasekolah meningkat daripada 67 peratus kepada 87 peratus, sekali gus membawa Malaysia lebih hampir kepada sasaran untuk mencapai kadar pendaftaran 91 peratus pada separuh pertama 2023.
Sehubungan itu, melalui komitmen bersama Kementerian Pendidikan, Malaysia akan terus meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah berkualiti tinggi dengan menubuhkan 88 prasekolah awam tambahan di seluruh negara.
Nabilah Khaleeda
Tue May 30 2023

Pembangunan prasekolah baharu diharapkan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran inklusif sekali gus menangani jurang sektor pendidikan terutama di kawasan terpencil. - Gambar fail/Bernama
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Intervensi seawal mungkin penting bagi pendidikan murid berkeperluan khas
Dr Mastura berkata penilaian kualiti secara keseluruhan agak kompleks kerana terdapatnya institusi prasekolah yang tidak berdaftar.

Selaraskan sistem pendidikan prasekolah demi kualiti lebih baik - Pakar
Kepelbagaian pentadbiran, pengurusan dan kokurikulum menyumbang kepada kualiti prasekolah Malaysia yang dilihat kurang memberangsangkan.

#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan
Setakat Jumaat jam 7.48 malam, kaji selidik menunjukkan, daripada sejumlah 146 responden, 53 peratus memilih prasekolah kerajaan.

Prasekolah di Malaysia: Lima perkara penting untuk diketahui
Walaupun pelbagai pembaharuan dan inisiatif pendidikan prasekolah telah dilakukan, isu akses dan kualiti masih menjadi kebimbangan.

Merancakkan enrolmen prasekolah dengan meluaskan akses pendidikan awal
Malaysia terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam meluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak, walaupun berdepan cabaran besar pandemik COVID-19.

41 kluster COVID-19 di institusi pendidikan termasuk sekolah rendah direkod tahun ini
Sejumlah 41 kluster COVID-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan setakat hari ini sejak 1 Jan lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pembukaan semula prasekolah, tadika dan tabika: Ibu bapa, murid patuhi SOP ketat
Setiap murid lengkap memakai pelitup separuh muka, diperiksa suhu badan, mencuci tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan sebelum masuk ke kelas.

Lebih banyak sektor kembali beroperasi hari ini
Pematuhan SOP menjadi pengukur kepada proses pemulihan negara menuju ke arah negara bebas pandemik COVID-19

COVID-19: Normal baharu tidak semestinya bosan, tadika boleh serap elemen permainan
Pelbagai jenis permainan dan aktiviti boleh dilakukan oleh pihak pengurusan tadika untuk mendidik anak kecil tentang normal baharu.

NUTP minta pembukaan prasekolah, tadika ditangguhkan
Kebanyakan prasekolah dan tadika belum sedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.