awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mercun Tahun Baharu Cina 'tumpas'

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/01/2018
06:01 MYT
Mercun Tahun Baharu Cina 'tumpas'
Polis Pulau Pinang berjaya merampas 400 kotak mercun bernilai RM100,000 dipercayai untuk pasaran Tahun Baharu Cina. - Foto PDRM
Polis Pulau Pinang berjaya merampas 400 kotak mercun bernilai RM100,000 dipercayai untuk pasaran Tahun Baharu Cina dalam serbuan di sebuah gudang dekat Jalan Tasek, Simpang Ampat, Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainol Samah berkata, serbuan dijalankan susulan penahanan seorang pemandu lori yang membawa muatan berisi mercun.
Zainol berkata, penahanan pemandu berusia 29 tahun itu membawa kepada penemuan sebuah gudang yang disewa untuk menyimpan mercun berkenaan.
Hasil pemeriksaan menemui 400 kotak berisi pelbagai jenis mercun antaranya jenis Thunderlight, Happy Dragon Egg, Super Boom dan Happy Boom dipercayai untuk pasaran Tahun Baharu Cina akan datang.
Zainol berkata, pihaknya percaya semua bekalan mercun berkenaan dibawa masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam,Kedah dengan menggunakan lori dan dipindahkan ke gudang sebelum dihantar ke tempat lain.
Bekalan mercun itu juga dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Seberang Perai Selatan dan Taiping,Perak.
Zainol berkata, polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki yang masih bebas bagi membantu siasatan.
Pemandu lori yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu kini ditahan reman sehingga 9 Januari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mercun
#mercun Tahun Baharu Cina
#polis
#rampas mercun
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan