MALAYSIA
MERCY Malaysia gerakkan sumber bantu masyarakat terjejas banjir
Peningkatan paras air dan infrastruktur yang rosak telah menyekat akses ke banyak kawasan, menyebabkan ramai yang kehilangan tempat tinggal. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia mengaktifkan tindak balas banjir susulan hujan berterusan yang melanda beberapa negeri, dengan keadaan dijangka bertambah buruk dalam beberapa hari akan datang.
Menurut kenyataan hari ini, MERCY Malaysia memaklumkan peningkatan paras air dan infrastruktur yang rosak telah menyekat akses ke banyak kawasan, menyebabkan ramai yang kehilangan tempat tinggal, khususnya kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang menghidap penyakit kronik berisiko tinggi.
"Dengan kerjasama pihak berkuasa negeri, MERCY Malaysia memantau kemas kini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sambil bekerjasama terus dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melakukan penilaian pantas dan intervensi lapangan.
"Pendekatan ini memastikan keperluan kritikal dipenuhi tanpa pertindihan dan semua aktiviti berpandukan prinsip kemanusiaan dan mandat organisasi untuk menangani jurang dalam mekanisme tindak balas bencana negara," menurut kenyataan itu.
MERCY Malaysia memaklumkan keperluan penjagaan dan kesihatan awam sedang dinilai di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan yang sukar dicapai, meliputi perkhidmatan kesihatan bergerak, bantuan awal psikologi dan aktiviti mesra kanak-kanak, dengan tumpuan terhadap kumpulan yang mudah terjejas.
Menurut badan kemanusiaan itu, keadaan bekalan air, sanitasi, kebersihan dan sekuriti makanan serta keperluan untuk barangan bukan makanan turut dinilai untuk menentukan lokasi sokongan tambahan diperlukan.
Tumpuan khusus juga diberikan kepada individu yang menghidap penyakit kronik, OKU dan warga emas yang sukar bergerak.
"MERCY Malaysia menyediakan ruang mesra wanita dan aktiviti sokongan psikososial untuk melindungi keselamatan, maruah dan kesejahteraan mental wanita yang terjejas," menurut kenyataan itu.
MERCY Malaysia yang menerima pengesahan sebagai Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bawah kategori Tetap Jenis 1, beroperasi selaras dengan standard kemanusiaan antarabangsa untuk memastikan bantuan diberi tepat pada masanya, adil dan responsif terhadap keperluan komuniti.
Sementara itu, Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dalam kenyataan sama berkata keperluan kemanusiaan komuniti yang terjejas semakin meningkat apabila Monsun Timur Laut berterusan.
Beliau berkata pasukan itu komited menyokong usaha tindak balas yang diselaraskan dengan pihak berkuasa negeri dan rakan bagi menangani jurang kritikal dalam penjagaan kesihatan, perlindungan dan perkhidmatan penting.
"Keutamaan kami adalah untuk melindungi golongan yang terjejas dan menyampaikan bantuan di tempat yang paling memerlukan," katanya.
MERCY Malaysia terus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, rakan kemanusiaan dan pertubuhan masyarakat untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir, sambil menyumbang kepada usaha negara dan global tentang pembangunan mampan dan daya tahan bencana.
-- BERNAMA