awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mercy Malaysia gesa pembukaan sempadan, Ribut Byron memburukkan krisis Gaza

Bernama
Bernama
11/12/2025
08:38 MYT
Mercy Malaysia gesa pembukaan sempadan, Ribut Byron memburukkan krisis Gaza
Ribut itu memburukkan keadaan ratusan ribu rakyat Palestin yang masih tinggal di dalam khemah. - Reuters
KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia hari ini menggesa pembukaan segera semua pintu sempadan ke Gaza susulan Ribut Byron memburukkan krisis kemanusiaan di wilayah itu.
Mercy Malaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ribut itu membawa angin kencang dan suhu sejuk serta menyebabkan banjir teruk, memburukkan keadaan ratusan ribu rakyat Palestin yang masih tinggal di dalam khemah selepas dua tahun konflik dan sekatan berpanjangan ke atas akses kemanusiaan di situ.
Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dalam kenyataan sama berkata Ribut Byron bukan sekadar fenomena cuaca, tetapi juga kecemasan kemanusiaan yang berlaku dalam bencana sedia ada.
"Jutaan rakyat Palestin telah melalui pengusiran, kelaparan dan ketidaktentuan, dengan banjir yang disebabkan oleh ribut ini mengancam tempat tinggal mereka.
"Tanpa akses kemanusiaan segera dan tanpa pintu sempadan yang boleh digunakan, kita berisiko menyaksikan kematian besar-besaran yang boleh dielakkan," katanya.
Selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Mercy Malaysia menegaskan pintu sempadan mesti dibuka segera untuk membolehkan keperluan seperti bekalan perubatan, bahan api, air, kit kebersihan serta barangan menghadapi musim sejuk dibawa masuk.
"Petugas kemanusiaan harus diberikan akses penuh, selamat dan tanpa halangan manakala semua pihak mesti memastikan perlindungan terhadap orang awam yang mencari bantuan.
"Juga penting untuk masyarakat antarabangsa memberikan tekanan kolektif untuk memastikan kewajipan ini dipatuhi semasa kesan berganda konflik dan bencana alam. Setiap kelewatan meningkatkan risiko kehilangan nyawa," menurut kenyataan itu.
Lebih 850,000 rakyat Palestin di 761 lokasi petempatan kini berhadapan risiko banjir besar dengan ribut sebelum ini telah menghanyutkan dan menyebabkan tempat tinggal mereka tercemar dengan air kumbahan.
Kekurangan tempat perlindungan yang mencukupi itu disebabkan sekatan ketat ke atas barangan bantuan penting dengan hanya 40,000 khemah dibenarkan masuk ke Gaza berbanding 300,000 diperlukan selain peralatan dan bahan kritikal untuk membaiki sistem air dan kumbahan juga disekat.
Laporan agensi kemanusiaan menyatakan lebih 288,000 keluarga kini tiada tempat perlindungan berikutan hujan lebat yang dijangka akan berterusan, memaksa ramai melarikan diri ke bangunan tidak stabil dan rosak yang berisiko runtuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mercy malaysia
#penduduk Gaza
#ribut byron
#bantuan kemanusiaan
#pintu sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan