MALAYSIA
MERCY Malaysia sedia hantar pasukan rawatan khas ke Gaza dalam masa terdekat
Tuanku Zara Salim berkenan bergambar pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan daripada MERCY Malaysia kepada Neurosurgical Critical Care Unit HRPB pada Sabtu. - Gambar Bernama
IPOH: MERCY Malaysia kini bersiap sedia menghantar Pasukan Rawatan Khas Keenam dan Ketujuh ke Gaza dalam masa terdekat bagi meneruskan misi kemanusiaan meskipun berdepan cabaran teknikal serta isu keselamatan.
Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, pasukan itu dijangka berlepas dari Malaysia sebaik sahaja semua syarat dipenuhi, dengan bilangan anggota bergantung kepada situasi semasa di wilayah bergolak berkenaan.
"Sekiranya gencatan senjata masih kekal seperti sebelum ini, kita boleh menghantar pasukan yang lebih besar antara enam hingga lapan anggota.
"Namun, jika keadaan masih berterusan (pengepungan Israel) pasukan tersebut akan dihadkan kepada empat hingga lima orang sahaja yang merupakan pakar dalam perubatan bagi membantu rakyat di sana," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan daripada MERCY Malaysia kepada Neurosurgical Critical Care Unit (NCCU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pada Sabtu.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.
Turut hadiri Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha.
Ahmad Faizal berkata, operasi kemanusiaan MERCY Malaysia di Gaza tidak pernah terhenti, malah turut melibatkan rakyat tempatan di wilayah berkenaan yang membantu pihaknya dalam menyampaikan bantuan dalam pelbagai bentuk.
"Untuk kerja misi bantuan secara berterusan, kita memang ada tenaga kerja dalam kalangan rakyat tempatan. Di Gaza misalnya, kita laksanakan program pertanian kecil-kecilan ditunjangi mereka untuk membantu sedikit sebanyak dari sudut bekalan makanan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempunyai keupayaan menghantar bantuan ke kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh pasukannya.
Selain itu, Ahmad Faizal berkata, MERCY Malaysia tidak terlibat dengan misi yang digerakkan Global Sumud Flotilla, namun menyokong usaha murni yang digerakkan lebih 1,000 sukarelawan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.
"Situasi di Gaza kini dilaporkan semakin buruk selepas serangan terbaharu tentera Israel sekali gus menjadikan usaha penghantaran bantuan kemanusiaan sebagai satu keutamaan mendesak," katanya.
Pada 5 Mei lepas, Pasukan Rawatan Khas Kelima MERCY Malaysia selamat pulang ke tanah air selepas melaksanakan misi bantuan dari 27 Mac hingga 26 April, dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah koordinasi Emergency Medical Teams.
-- BERNAMA