DREBAR
Merdeka!... bersama Ford. Dapatkan rebat tunai sehingga RM13,000!
Bagi meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58, Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan rebat tunai yang menarik sehingga RM13,000 ke atas model-model terpilih di seluruh negara, bermula sekarang hingga 30 September.
Para pelanggan bakal menerima rebat tunai yang menarik sehingga RM13,000 untuk model Focus. Rebat tunai sehingga RM12,000 untuk Fiesta yang sporty dan sehingga RM9,000 bagi model EcoSport yang versatil – atau kadar sifar faedah hingga lima tahun.

Sebagai tambahan, Ford dan SDAC juga menawarkan pelanggan trak pikap Ranger rebat tunai sehingga RM5,500. Tawaran bagi model ini termasuk untuk varian Wildtrak, yang mempunyai tambahan beg udara tingkap, berbanding hanya beg udara kembar hadapan pada varian lain.
Promosi bulan kemerdekaan itu digabungkan dengan Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford. Ditawarkan ke atas semua kenderaan penumpang Ford, ESP merupakan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km tanpa sebarang kos tambahan.
Semua kenderaan penumpang Ford hadir bersama jaminan pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Selain Program Jaminan Lanjutan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 100,000km daripada SDAC.