awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merdeka fikiran, bekas penagih perlu sokongan moral masyarakat dan keluarga

Bernama
Bernama
22/08/2023
15:34 MYT
Merdeka fikiran, bekas penagih perlu sokongan moral masyarakat dan keluarga
Sutekno berkata diskriminasi dan persepsi negatif terhadap bekas penagih dadah masih menjadi punca utama golongan itu sukar dipulihkan sekali gus bebas daripada gejala tersebut. - Gambar Bernama
JELEBU: Masyarakat seharusnya memerdekakan fikiran daripada persepsi negatif terhadap bekas penagih dadah sebaliknya menzahirkan sokongan moral kepada golongan itu supaya mereka memperoleh pemulihan sepanjang hayat.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata stigma yang dilemparkan itu hanya akan memburukkan keadaan sedangkan bekas penagih dadah memerlukan sistem sokongan daripada keluarga dan masyarakat untuk meneruskan kehidupan.
"Bebaskan atau merdekakan fikirkan kita terhadap mereka. Bantulah mereka untuk mencapai kepulihan, ubah persepsi negatif yang selama ini menjajah fikirkan kita.
"Saya percaya dengan sokongan ini, ramai klien AADK boleh menjalani kehidupan sejahtera dan bahagia bersama keluarga tersayang," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat AADK di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Chan Hong Jin dan Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Sembilan Sabarudin Yeop Hamza.
Beliau berkata diskriminasi dan persepsi negatif terhadap bekas penagih dadah masih menjadi punca utama golongan itu sukar dipulihkan sekali gus bebas daripada gejala tersebut.
Katanya walaupun bekas penagih telah mengikuti program rawatan dan pemulihan dalam institusi (RPDI) atau komuniti di AADK, ada di antara mereka masih sukar mendapat tempat dalam masyarakat atau keluarga selepas tamat pemulihan.
Sutekno berkata terdapat juga klien AADK itu mengulangi tabiat lama kerana mereka disisihkan, dipandang serong dan lebih malang apabila terdapat pihak melemparkan kata-kata tidak sewajarnya.
Menurutnya 14,008 daripada 44,754 klien AADK mencapai tahap kepulihan iaitu penilaian menerusi kaedah "Cure and Care Recovery Index" ditetapkan, pada tahun lepas.
Beliau berkata menerusi jumlah itu juga, AADK mencapai paras 71 peratus kadar klien kekal dalam kepulihan seperti yang disasarkan berbanding hanya 65 peratus yang dicapai pada 2021.
"AADK menyasarkan 75 peratus untuk kadar klien kekal dalam kepulihan pada tahun ini dan hingga kini, lebih 6,000 klien sedang menjalani program RPDI di 30 PUSPEN seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#PUSPEN
#tahap keputihan
#penagih dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan