ISKANDAR PUTERI: "Mereka boleh penjarakan kami, tetapi mereka tidak boleh kurung akal dan jiwa kami, malah janji Allah tentang kemenangan kepada mereka yang sabar menguatkan lagi semangat kami ketika di penjara."
Demikian luahan seorang wanita Palestin, Samar Sbeih, 39, ketika berkongsi pengalaman pahit berada di dalam penjara rejim Israel sekitar 2005.
Ibu kepada tiga orang anak itu, berkata dia merupakan seorang aktivis yang menentang kekejaman Israel dan telah ditahan tanpa alasan kukuh.
"Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah yang tiada cahaya matahari boleh menembusinya.
"Saya juga dinafikan makanan dan ubat-ubatan untuk menjaga kandungan," katanya ketika ditemui selepas majlis minum petang bertemakan 'What's Behind the Caged Eyes' anjuran MyCARE Johor, di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu Pengurus MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani dan Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam.
Di penjara, Samar berkata dia turut menyaksikan kekejaman Israel terhadap rakan Palestin yang lain termasuk ke atas wanita dan remaja.
"Terlalu banyak kekejaman zionis sehingga tidak cukup sehari kalau mahu diceritakan satu persatu," katanya yang bersalin dalam keadaan kaki dan tangannya turut diikat.
Samar turut diberi jolokan "ibu kepada tahanan paling muda" kerana selepas bersalin bayi lelakinya turut ditahan dan mereka hanya dibebaskan tiga tahun selepas itu.
"Selepas keluar dari penjara, saya dan anak mengambil masa untuk kembali kepada masyarakat akibat trauma dikurung dalam penjara bawah tanah terlalu lama.
"Alhamdulillah, atas bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan, saya kembali aktif dan dapat bercerita kisah kekejaman Israel agar mereka di luar sana tahu mengenainya," katanya dalam Bahasa Arab, yang diterjemahkan oleh sukarelawan MyCARE Johor Nurhanis Abdul Halim.
Samar berkata anak sulungnya itu kini berusia 16 tahun dan telah berjaya menghafaz al-Quran, selain dua lagi anaknya yang merupakan pasangan kembar lelaki dan perempuan berusia 13 tahun.
Sementara itu, aktivis Palestin Abeer Z Barakat berkata antara masalah utama dihadapi wanita Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ialah kesan psikologi.
"Kebanyakan wanita yang berdepan kekejaman Israel tidak mempunyai ruang untuk meluahkan perasaan, sebaliknya hanya memendamkannya sehingga kadangkala membawa kepada pelbagai masalah lain di Gaza. Jadi, kita cuba bantu mereka," katanya yang setakat ini telah membantu kira-kira 250 wanita Palestin.
Setakat April lepas, seramai 4,450 rakyat Palestin berada di penjara rejim zionis termasuk 160 kanak-kanak dan 32 wanita, dengan 549 daripada keseluruhan tahanan terbabit menjalani hukuman penjara seumur hidup manakala 499 individu sudah lebih 20 tahun dikurung dan dipenjarakan tanpa kesalahan yang jelas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Samar Sbeih, 39, berkongsi pengalaman pahitnya ketika berada di dalam penjara rejim Israel sekitar 2005. - Bernama
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang lebih RM16 juta kepada asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Sabah, Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh
Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel
"Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah."