Mesej tular dakwa kesihatan Pak Lah kritikal palsu

Astro Awani
Oktober 9, 2020 01:27 MYT
Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan satu lagi mesej tular di media sosial berhubung keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan satu lagi mesej tular di media sosial berhubung keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu.
"Beliau berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga.
"Pihak pejabat juga amat kesal dengan penularan berita palsu yang sama walaupun laporan polis telah dibuat pada 10 Ogos lalu yang lalu," menurut kenyataan pada Jumaat.
Berita sama, kononnya Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lah, dalam keadaan kritikal menjadi tular pada 2 Ogos lalu.
Ekoran itu, Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang disahkan.
Abdullah merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.
#Pak Lah #Abdullah Ahmad Badawi #kritikal #Perdana Menteri #mesej tular #media sosial #berita palsu