awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesej tular kes samun bersenjata di Kamunting dan Taiping palsu - Polis

Bernama
Bernama
22/09/2021
14:19 MYT
Mesej tular kes samun bersenjata di Kamunting dan Taiping palsu - Polis
Polis mengesahkan mesej tular yang mendakwa terdapat kejadian pecah rumah dan samun oleh dua lelaki bersenjatakan parang atau pedang samurai di kawasan Kamunting dan Taiping, adalah palsu. - Gambar hiasan
TAIPING: Polis mengesahkan mesej tular yang mendakwa terdapat kejadian pecah rumah dan samun oleh dua lelaki bersenjatakan parang atau pedang samurai di kawasan Kamunting dan Taiping, adalah palsu.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata hasil semakan dan siasatan dilakukan pihaknya mendapati tiada kejadian samun dan pecah rumah seperti ditularkan menerusi media sosial Facebook dan WhatsApp itu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak bertanggungjawab tentang kesahihan maklumat yang ditularkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap individu yang menyebarkan berita palsu sehingga mendatangkan kegusaran masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesej tular
#samun bersenjata
#kamunting
#Taiping
#palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan